Posts

#22 Pokok Depan Kelas

Image
Gambar tahun 1976. Abah, duduk atas pokok, kanan sekali. Masa ni dia tingkatan 4 di SM Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Katanya ini pokok depan kelas dia.
Berdiri dibawah
Razak, azmi ishak
Atas pokok
Din borek
Suhaimi shariff
Abdul rahim ali - Abah
Tuan gambar sendiri mengaku dia nakal dan buas haha

#21 Joned Bin Agam

Image
Arwah atok kesayangan aku. Seorang yang aku tak mungkin lupa sampai bila-bila.
Gambar di studio, tahun 1950an kalau tak silap. Rindu sangat.
Semalam join group di Facebook,  kelab peminat gambar lama dan klasik. Saja share gambar ni.
Ada seorang ahli group tolong warnakan. Suraj Effendy nama profile dia.

Cantik terus jadi gambar ni.
Terima kasih 😊

#20 Ada Setem

Image
Gambar bersaiz passport yang ada tertampal setem bernilai 1 sen di belakangnya. Setem Kedah.
Tak pasti ini gambar siapa. Mungkin girlfriend seseorang? Tak tahulah.

#19 Tok Wan Samah

Image
Ingat tak entry yang gambar moyang tiri aku tu? Ha inilah suami dia, abah panggil Tok Wan Samah. Tok Wan abah la ni. Gambar tahun 1950an atau 1960an.
Perempuan sebelah tu abah tak kenal. Tok Wan Samah ni dia kata mualaf, orang Belanda masuk Islam. Sampai ke Kedah, sebab dulu dia engineer kapal Sultan Kedah. Wallahualam.


#18 Naik Keretapi Tanah Melayu ke Port Dickson

Image
Ini angah din aku, adik kepada mak. Belakang gambar tulis 9.8.81.
Tuan badan bagitahu, kenangan sewaktu dia tingkatan 4 ketika ini, naik Keretapi Tanah Melayu ke Port Dickson dengan kawan-kawan. 
Kini, dah tak ada perkhidmatan KTM ke Port Dickson lagi.
Kurus bebenar, isteri dia gelak tengok gambar ni. "Kerempeng", kata isterinya. 

#17 Untuk Mu Rokiah

Image
Belakang gambar ada warkah yang tertulis:
Untok Mu Rokiah.
Untok Renungan- Mu Bila Berpisah Kelak.
Kenangan manis.
S. Aishah Is.
Kg Manggis.
Yem Besar
Aku tak kenal pun siapa ni, dan siapa Rokiah yang dimaksudkan. Gambar ni kecik je, saiz dia 1/3 gambar yang saiz 4R. Tahun berapa tak pasti, mungkin 1960an atau 70an.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot